Saturday, December 12, 2009
Agak lama jugak aku tak update blog ni.Kali ni aku nak cerita pasal sorang kartunis otai ,Allahyarham Rejabhad yg juga digelar sebagai ‘Raja Kartun Malaysia’ atau ‘Penghulu Kartun Malaysia’.Ha..Yang ni lagi otai dari Dato'Lat.Aku pun sebenarnye tak tau sangat pasal Allahyarham.Dulu aku kecik sangat lagi.So,main bace jelah kartun-kartun dari Allahyarham begitu juge dengan kartunis lainnye.Yang aku tau,kat tepi kartun hasil Allahyarham di tulis Rejabhad je.Sekarang ni aku amat berminat untuk mengetahui sejarah kartun di negara kita .
Ntah kenapa tadi,teringat plak aku kat Kartunis Rejabhad ni dan aku try Search kat goole.Terpampanglah cerita mengenai Rejabhad ni dalam kartunisubi.com.Ni seba sedikit yang tertulis dalam laman tersebut Mengenai Allahyarham Rejabhad atau lebih mesra dengan panggilan Pak jab.
Keistimewaan Pak Jab adalah terletak pada gaya dan kekuatan penceritaannya yg menekankan banyak unsur-unsur kemelayuan. Rasanya tidak salah kalau saya menyatakan sehingga kini tiada lagi kartunis yg dapat menghasilkan karya yg se ‘melayu’ beliau.
Beliau juga gemar berfalsafah di dalam karya-karyanya. “Ada duit semua jadi” – adalah salah satu kata-kata yg menjadi trademark watak kartun Periwira Mat Gila yg pernah menjadi ikutan ramai peminat kartun tanahair suatu ketika dahulu.
Menjadi kartunis sepenuh masa selepas pencen dari Askar Melayu, Rejabhad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Jab adalah seorang yg sangat ikhlas memperjuangkan seni kartun dan komik tanahair.
Selain menghasilkan karya agung yg bermutu tinggi, Pak Jab juga disegani kerana kesediaannya berkongsi ilmu dan panduan kepada generasi baru kartunis. Banyak bengkel dan seminar kartun yg dijayakannya. Sepanjang hidupnya beliau telah menjadi mentor kepada kebanyakan kartunis terkenal tanahair, antaranya Lat, Juragan, Imuda, Ujang, Cabai dan ramai lagi.Pak Jab sering dijemput menghadiri seminar dan bengkel kartun untuk mengajar dan memberi panduan kepada generasi baru kartunis. Beliau dihormati kerana kesediaan untuk berkongsi pengetahuan.
Beliau pernah menerima jemputan kerajaan Malaysia untuk melawan gejala penyalahgunaan najis dadah. Beliau tidak hanya bercakap tentang kartun, tetapi juga mengenai Islam dan kehidupan.
Bagi semua penggiat seni kartun tanahair, pemergiannya adalah satu kehilangan yg amat besar pada industri. Ini kerana jasa beliau yg terlalu besar dalam menghasilkan karya kartun bermutu tinggi dan tak pernah jemu berusaha untuk mendidik serta merangsang bakat baru kartunis.
Akhir kata, ucapan terima kasih yg tak terhingga dan Al-Fatihah buat Allahyarham…
—————————————————————————————————————————————————-
SEDIKIT PENGENALAN RINGKAS MENGENAI REJABHAD @ PAK JAB
Nama Sebenar: Rejab bin Had
Tarikh lahir: 23 Ogos 1939
Asal: Permatang Pauh, Penang, Malaysia
Kartun Pertama Disiarkan: Gelanggang Filem, Julai 1958 (diterbitkan oleh P Ramlee)
Hobi: Membaca, melukis, mendengar muzik, menonton TV dan filem, mengumpul setem dan barang keluaran pertama, bercerita.
Bakat lain: Bermain biola dan mengarang lagu
Meninggal pada: 14 November 2002, kerana sakit jantung
Karya-karya yg pernah tersiar dan dibukukan:
* Periwira Mat Gila
* Tan Tin Tun
* Mawar Oh Mawar
* Selendang Siti Rogayah
* GG Dengan Rejabhad
* Prebet Dabus
* Senyum Sedikit
* Pisang Emas Jalak Lenteng
* Amal (anak Periwira Mat Gila) (karya terakhir)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment